Monday 8 May 2017

Lambaian Pulau : Pulau Perhentian sebagai destinasi percutian.





Hai.. Kali ni korang semua mesti duk tengah tercari-cari blog yang review pasal Pulau Perhentian, Terengganu kan? Kalau tak, takde lah pulak korang bersemangat nak baca blog aku ni. Huhu.. Well, aku takde la arif sangat pasal Pulau Perhentian sebab baru 2 kali je pergi sana. First pergi tahun 2014, backpacking 3 orang je beb ! Punya la hardcore pergi 3 orang je tanpa booking tanpa pape laa.. Aci redah je. Tapi Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik. hehe

If korang nak tahu, Pulau Perhentian ni antara pulau yang terlawa la di Terengganu ni selain Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Lang Tengah. Aku sangat rekomenkan korang yang nak hilangkan stress belajar, stress bekerja ke untuk datang bercuti ke Pulau Perhentian ni. Sebab apa? Sampai sana korang paham la.. Even aku yang tak suka pulau ni pun jatuh chenta tau!


Ni gambar first aku ambik sampai-sampai je kat sini. Ni waktu second time aku pergi sana. Cuma bezanya kali ni aku ambik pakej sebab takut takde tempat tinggal kat sana nanti. Kebetulan pulak masa aku nak pergi tu musim cuti. Memang kalau tak book dulu, alamatnya tido dalam boat la korang. Hehee.. K gurau. Boleh je taknak book dulu tapi kena rajinkan diri la berjalan sekeliling resort-resort yang ada kat sana jika masih terdapat kekosongan. Biasanya bilik yang tinggal just yang mahal nokhorom tak mampu aih aku yang student ni nak duduk situ.

So, 3 hari sebelum berangkat ke pulau, aku contact Kak Mimi. Dia ni macam agent jugalah kata orang. Aku jumpa dia ni sebab aku rajin tengok dia review ramai jugak orang ambik pakej dengan dia. Boleh dipercayai la. Orang pun lawa. Huhu.. Korang boleh usha ig dia : perhentian_romiesa. Kak Mimi ni sempoi je. Sampai2 je kat Jeti Kuala Besut tu, dia dah tunggu kitorang. Kunci kereta kitorang bagi kat dia sebab dia tawarkan diri nak tolong park kat rumah dia tapi kena bayar la RM10 sehari. Awal-awal tu macam was-was jugak tapi bagi je la. So, Kak Mimi ni dah uruskan tiket boat pergi balik kitorang, bilik kat sana and snorkelling. Semuanya rm160. Okay la tu untuk satu kepala.

Sampai je kat sana (kitorang stay kat Kg.Nelayan) kitorang check in bilik dulu. Punya lah besar bilik tu walaupun untuk 5 orang tapi cukup la katil untuk tidur. 2 katil queen,1 katil bujang. Bilik air pun luas. Selesa la. So, kitorang tukar-tukar baju siap untuk pergi snorkelling pada jam 2.30 petang. Matahari atas kepala beb! Tapi ramai je snorkelling masa tu. Point snorkelling ni ada 5 checkpoint : 1) Shark point 2) Coral Point 3)Fish point 4)Lata air berani 5) Turtle point
Jangan risau shark kat situ tak besar macam white shark kat omputeh sana hhahahahaa. Jangan cuak sangat! Shark kat situ kecik-kecik je and tak kejar orang. Lek je.



Balik snorkelling tu dah asar. 2 jam beb berendam dalam air masin. Mujur tak dehydrated sebab bawak air mineral atas boat. Petang tu kitorang jalan2 je kat sekeliling kampung. Pastu sebelah malam pulak, punya la pishang sebab kalau kat kampung nelayan ni takde aktiviti kalau malam. So, kitorang call abang boat suruh datang ambik kitorang. Nak rasa night life dekat Long Beach. Long Beach ni kalau korang kaya boleh la duduk situ sebab mostly mat saleh je yang book resort kat Long Beach ni. Makanan pun mahal-mahal. Alkisahnya, abang boat kitorang tu datang la ambik. Tapi kena bayar la kat dia 20 hengget sorang. Best weh naik boat malam. Sejuk je. Sambil stargazing lagi. Sampai je, abang tu park boat dekat Coral Bay sebab ombak malam dekat Long Beach kuat. Memang kalau nak pergi Long Beach kena redah hutan lalu Coral Bay baru sampai Long beach. Becak ketiak. Sampai2 je kat Long Beach, masa tu ada show api. Diorang main api pastu pasang lagu kuat macam kat disko. Ramai laki lepak situ sambil hisap shisha. Masa tu pukul 11. Kitorang decide nak balik dah sebab member aku yang sorang  ni takut jadi pape. Night life kat situ sampai subuh. Kang x pasal2 kitorang terjebak sama dengan benda2 tak elok. Huhu..

Esoknya, pagi-pagi buta lagi dah bangun sebab nak pergi hiking dekat kincir angin yang femes tu. Kincir angin tu dekat Long Beach. So, kitorang ke Long Beach lagi. Tapi kali ni ketiak tak becak la sebab tak kena redah hutan. Malam je kena redah hutan. Klau korang tak tahu macam mana nak cari jalan nak hiking, korang tanya je pekerja resort sebab jalan agak complicated masa mula-mula nak daki tu. Sampai atas sikit dah okay jalan dia. So, jangan malu bertanya! Trek dia biasa je. Korang just pakai selipar jepun pun takpe. Tak perlu nak pakai sport shoes bagai. Sampai je atas korang akan rasa yang 'MasyaAllah indahnya ciptaan Allah!' Hehe.. Kalau nak turun tangga tu hati-hati la sikit sebab papan kat situ dah banyak goyah sebab dah lama tak repair. So, jangan nak syok sendiri sangat ye.. Sis belanja sikit la gambar masa kat atas..






 Balik je dari Long Beach ni kitotang terus packing untuk pulang. Percutian selama 2 hari 1 malam ni cukup memuaskan. Sebab dapat release stress daripada tests and assignments kot. Huhu.. So, sampai di sini sahaja blog sis kali ni. Semoga percutian anda semua ke Pulau Perhentian adalah yang terbaik dalam hidup anda. InsyaALLAH :)



Saturday 6 May 2017

Tips Kurus Dengan Cepat

Haaaaa.. Korang mesti terjumpa blog aku ni sebab korang tak berapa nak kurus kan? Hahahahahahaaa tak payah nak malu. Aku pun macam korang jugak. I was so chubby back then and I was looking for many blogs yang share tips-tips nak kurus ni. Sebab apa? Bukan sebab aku malu berbadan gempal tapi susah beb nak cari baju lawa-lawa yang ada saiz macam badan aku ni. Asal pakai je mula la nampak lipatan lemak 10 lapisan bak maskot tayar tu. Heh! Pastu seluar pun ketat dekat bontot. Yang paling aku terkesan sampai hari ni is bila mak aku sendiri cakap aku gemuk. Dia punya deep tu sampai tertusuk masuk terus weh dalam hati. Mula la merajuk taknak makan malam dah pastu mula la pukul 12 tengah malam tu keluar bilik senyap2 bukak periuk nasi. Huhu

Actually ni takde la tips sangat pun cuma aku nak cerita pengalaman. Believe it or not, I have lost 9 kg since July 2016. Yelah maybe tak banyak yang turun bagi korang yang nak turunkan berat 10 kg dalam masa sebulan je kan? Tapi seriously, aku percayakan kata-kata orang yang otai dalam bidang kuruskan badan ni. Mostly said that takpe kalau berat korang turun sikit demi sikit and lambat sebab proses kenaikan tu nanti akan jadi lambat jugak? You know what I mean? Ok macam ni. Senang kata korang nak kurus cara sihat, korang kena maintain bersenam. Tu perkara asas. Kalau korang nak turun dengan cepat, korang ambil pil kurus, its not healthy beb. Memang la korang akan kurus tapi kekurusan korang tu cuma SEMENTARA. I repeat, SEMENTARA. Kebanyakkan orang yang ambil pil kurus ni pemalas nak bersenam. Sorry to say la but this is happened to many people out there. Kalau korang ambik pil pastu bersenam pun, cuba fikirkan akibatnya nanti dekat organ dalaman korang. Boleh rosak beb!!

So, jawapannya BERSENAM dan CONTROL MAKAN!!

Awal-awal memang susah. Aku tak nafikan. Aku sendiri pun bergelut nak bersenam. Part control makan tu takyah cakap la. Berpeluh nak tahan! hahahaaha
Tapi betapa pentingnya minda kita ni sebab minda kita  ni yang control segala-galanya sebenarnya. If you have strong mindset, you can do it!

Aku start proses pengkurusan ni masa bulan Julai 2016. After raya. Punya la semangat sampai beli basikal indoor yang paling murah kat Lazada tu. Around 150 je aku rasa. So aku kayuh la benda tu tiap pagi and tiap petang. Satu sesi tu 30 minit non-stop. Tapi at the same time aku control gaya pemakanan aku.

Pagi - roti 2 keping
Lunch - lauk saja and kdg2 je mkn nasi sikit
Dinner - oatmeal

Dalam masa sebulan aku nampak perubahan. Berat aku dari 63 kg turun kepada 60kg. Jumlah tu tak besar tapi aku rasa puas dengan pencapaian aku. So, I want it more and more. Alhamdulillah, cuti 3 bulan tu aku turun sebanyak 5 kg. Aku ni student uni lagi so 3 bulan tu cuti sem kitorang. Dlm bulan 9, aku start sem. Dah start busy. Tak bersenam dah cuma still pergi berjogging la kalau ada masa. At least sekali or 2 kali seminggu. Makan pun main bedal je sekarang. Cuma bezanya nak cakap, berat aku still turun walaupun makan dah tak jaga sangat (tapi still control portion) and jogging pun kadang2 je. Now, berat aku dah 54. Baju and seluar pun banyak dah muat. From saiz XL to saiz L and sekarang misi saiz M. Sebab tu la aku cakap, banyak mana pun kita makan, berat kita takkan terjejas teruk and terus naik mendadak sebab kita kurus dengan cara sihat. Tak main la ambik2 pil ni.

So, korang kalau nak kurus, jangan cepat putus asa! Nak kurus bukan sekejap. It takes a long long time. Sebab nak hilangkan lemak degil korang yang dah korang bela selama 20 tahun tu bukan dalam masa 20 hari je. It may takes 5 months, 1 year or 3 years.It depends on your efforts. Keep pushing yourself to the limit because only you know your body. Do not listen to others. I believe in you so you should believe in yourself. Okay? Please let me know what you want to know in the comments below.  TQ :)

Follow my instagram : syahirahriffin

Friday 5 May 2017

My very first post.

So this is literally my new blog. But still.. I am a beginner. Why? because I keep ignoring my previous few blogs (I think I had 2 blogs account before. LOL). I am thinking of doing my writing in here. I want to publish them here since I have created some writings like novel. Maybe some opinions too. Or whatever I want to 'membebel'. I am not really hoping that there are people out there read my voice but this is just for fun. I enjoy writing very much but I stuck here. In UMT, doing science things. Haha yeah. I am in second year now. Not to mention my program here but I will tell you guys later in some other time. Oh yeah. I'm turning 21 this year. A good age to start new things huh? Yes I guess so.